Cara Nak Dapatkan Laporan CTOS Secara Percuma dan Selamat (2025)

Cara Nak Dapatkan Laporan CTOS Secara Percuma dan Selamat (2025)



Laporan CTOS adalah salah satu rujukan penting yang digunakan oleh bank dan institusi kewangan untuk menilai kelayakan pinjaman anda. Jika anda sedang merancang untuk mohon pembiayaan, termasuk overlap pinjaman lama dengan MBSB atau PIBB, pastikan anda semak laporan CTOS terlebih dahulu.

Apa Itu CTOS?

CTOS adalah sistem maklumat kredit yang mengumpulkan rekod pinjaman, saman, kebankrapan dan status perniagaan seseorang. Ia berbeza dengan CCRIS yang dikeluarkan oleh Bank Negara. CTOS digunakan oleh hampir semua koperasi, bank dan syarikat kredit komuniti dalam menilai pemohon.

Cara Dapatkan Laporan CTOS Secara Percuma

Ikuti langkah mudah ini:
  1. Layari laman web rasmi: https://selfcheck.ctos.com.my
  2. Daftar akaun menggunakan emel dan nombor telefon
  3. Verifikasi nombor MyKad dan ambil gambar (e-KYC)
  4. Setelah disahkan, anda boleh muat turun CTOS Basic Report secara PERCUMA
  5. Jika ingin laporan penuh, anda boleh beli dengan sedikit bayaran

Apa Yang Terkandung Dalam Laporan CTOS?

  • Status carian syarikat & individu (jika ada rekod negatif)
  • Maklumat pemilikan syarikat (jika ada)
  • Rekod dari sumber awam (suruhanjaya, mahkamah, Jabatan Insolvensi)

Kenapa Penting Semak CTOS Sebelum Mohon Pinjaman?

✔ Elak permohonan ditolak tanpa sebab yang jelas ✔ Kenal pasti jika nama anda pernah digunakan tanpa pengetahuan 
 ✔ Tahu sama ada anda perlu 'clear record' sebelum mohon MBSB atau koperasi

Perlu Bantuan Semak Kelayakan?

Kami bantu semak berdasarkan laporan CTOS & slip gaji anda. Klik untuk semakan pantas: http://semak.pinjamanperibadi.loan

0 Ulasan